Sunday, 7 May 2017

MAKSUD TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan teknologi-pendidikan1-1bhz6lcidea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.
Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”
Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.
Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya.
pencil(1)“Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan”(Crowell (1971):Encyclopedia of education) 

“Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran”(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Kepentingan Integrasi Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

  1. Memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan pembelajaran secarakontekstual yang mana lebih berfokuskan  aktiviti dan masalah sebenar. 
  2.  Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya
  3. Guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point, komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi peluang mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan lebih faham tentang subjek yang dipelajar. 
  4. Ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh diperolehi dengan cepat daripada Internet. 
  5.  Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana akan memudahkan pengajaran guru didalam kelas dan mampu menarik perhatian pelajar. 
  6. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat terhad dan memerlukan guru kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ICT mampu memberi kefahaman kepada para pelajar dalam masa yang singkat.