10 PICTURE INOVASI

10 GAMBAR INOVASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN KHAS


(1) JAM BRAILLE


Jam Braille ini ialah sebuah jam yang dikhususkan kepada individu yang mempunyai masalah penglihatan. Jam ini diberi nama OOSH yang sangat mesra pengguna kepada si pemakainya kerana jam ini mempunyai metode braille dalam mempamerkan waktunya. Jam ini mempunyai 64 lubang dimana kesemuanya adalah lubang yang boleh membentuk formasi angka braille yang dapat membantu si pemakainya. Jam ini juga diperisikan dengan perisisan alarm yang boleh disetkan oleh si pemakainya. Jam tangan karya designer terkemuka Wing Li ini selain daripada canggih, ia juga mempunyai motion yang bagus dengan motif yang halus membantu pemakainya merasa selesa saat memakainya.



(2) PROSTETIK




Mampu menggantikan seluruh atau sebahagian anggota  badan yang tiada. Selain itu, teknologi ini berupaya untuk mengubahsuai struktur dan fungsi sistem skeletal dan neuromuskular. Teknologi ini direka untuk meningkatkan keupayaan hidup bagi individu yang tidak berupaya. Teknologi ini mampu menyediakan tekanan, sokongan, perlindungan, pencegahan, pembetulan, pengawasan, obiliti, pengubahsuaian berat dan sebagainya.


(3) BEYOND SILENCE DIGITAL PIANO FOR HEARING IMPAIRED

1

Alatan ini akanmembantu orang yang mengalami masalah pendengaran atau pekak untuk merasa dan mengesan getaran yang dihasilkan oleh muzik. Piano boleh dimainkan melalui rasa getaran yang terdapat atas tanah yang merupakan hasil daripada diafragma yang sudah dipasang dengan Beyond Silence ini.

(4) SUARA BATANG PEMBACA UNTUK ORANG BUTA

Image result for SUARA BATANG PEMBACA UNTUK ORANG BUTA

Braill digunakanoleh orang butauntuk membaca sesuatu maklumat dan ia merupakan pembelajaran yang amat penting dalam kehidupan harian. Stick suara baru telah diperkenalkan oleh Sung Woo Park,  stick mudah alih ini merupakan inovasiyang dicipta bagi mengubah alih teks yang mengimbas kedalam bentuk visual. Fungsi OCRsebagai alat untuk menukar maklumat bertulis ke dalam sebatang kayu bersuara. Batang suara boleh digunakan untuk menukar maklumat bertulis ke dalam batang kayu bersuara. Batang suara boleh digunakan untuk menukar perkatan atau huruf yang dijumpai seperti di dalam buku, surat khabar, kontrak, mel dan sebagainya ke dalam bentuk maklumat bersuara.

(5)ALAT BANTU D


Implan koklea adalah alat bantu pendengaran yang memberi rangsangan auditori kepada pesakit yang mengalami masalah pendengaran. Dihasilkan dengan dua bahagian iaitu bahagian dalam elektrod penerima dan magnet perangkai yang ditanam di belakang telinga manakala bahagian luar bertindak sebagai pemprosesan pertuturan. Setiap satunya dikhususkan untuk pesakit yang pekak sejak lahir, separa pekak dan mereka yang lahir tanpa lubang telinga.

(6) KATIL TUKAR KERUSI RODA



Katil ini boleh berubah menjadi kerusi roda dicipta khusus untuk penjagaan warga emas dan orang kurang upaya. Dengan adanya katil sebegini warga emas yang tidak berupaya untuk berjalan boleh melakukan pergerakan mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, katil ini juga dapat mengelakkan berlakunya kudis akibat tekanan apabila baring yang terlalu lama.

(7) TELEFON BRAILLE


Ia dicipta semata-mata untuk individu yang mempunyai masalah penglihatan dan buta. Direka bentuk oleh Seonkeun Park. Menggunakan teknologi " Electrik Active Plastic Fabricates" di mana skrinnya yang perlu disentuh oleh tangan yang mempunyai kuasa visualisasi untuk mereka baca apakah mesej mereka terima. Bentuknya yang seperti remote televisyen lama, segitu simple dan senang dibawa.

(8)SOFT TOUCH



Satu inovasi hebat yang direka oleh pereka dari Universiti of Derby di United Kingdom. Alat ini merupakan jam penggera yang dapat dijadikan sebagai alat untuk memberi amaran kepada pengguna yang memakainya. Alat ini telah dipasang dengan sensor yang akan memberi kepada pengguna tentang apa-apa bahaya yang akan datang.

(9) Boomer, Walking Aid

4

Peratatan ini belum lagi dikeluarkan dan hanya prototaip sahaja yang masih dalam ujian percubaan. Alat ini akan memberi bantuan untyuk berjalan bagi individu yang mengalami masalah atau kekurangupayaan untuk berjalan secara normal. Jika dilihat sekali ianya kelihatan seperti basikal . alat ini boleh memudahkan penggunannya untuk meempuhi perjalanan yang sukar seperti menaiki tangga dan ianya memberi keselesaan kepada pengguna dimana jika pengguna alat ini berasa penat setelah berjalan pengguna tersebut boleh berehat iaitu dengan cara duduk di atas tempat duduk yang telah disediakan pada alat ini. Tidak dapat dinafikan bahawa alat ini memberi keselesaan yang optima kepada penggunanya.



(10) Babelfisk 


Babelfisk merupakan alat yang menukarkan perkataan yang didengar kepada ayat dalam bentuk teks di bahagian cermin mata. Alat ini juga menggunakan 2 microphone yang menujukkan arah dari mana bunyi itu datang. Babelfisk boleh digunakan di dalam kuliah dan bilik mesyuarat kerana ia dapat menyimpan suara menggunakan flash memory dalam bentuk audio dan teks. Alat ini direka khas oleh Mads Hindhede.

6 comments:

  1. penerangan yang jelas mengenai jam braille. jam braille ini bermanafaat keapada individu yang mempunyai masalah penglihatan.

    ReplyDelete
  2. gambar-gambar video inovasi yang menarik dan mempunyai banyak manfaat kepada semua orang terutamanya golongan pendidikan khas

    ReplyDelete
  3. terima kasih suhana fadzil ;)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Banyak maklumat yang saya dapat .. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete